Sunday, December 28, 2014

bracess

yahhh , aku decide nak pkai bracess.. tp bukan sekarang .. tahun depan.. bulan yg mane..? ntah lahh.. ahahha..kbaii

I P O H dan P E R E M P U A N itu

asal nak ke ipoh je , mesti akan set time dengan budak terejal tu.. jumpe manemane.. sebab aku xpernah lagi drive ke penang.. so bile masing masing dh smpai..main problem aku mestilah masalah makan.. yelaa, name je dduk ipoh 3thun..tpi nak bwak die g mkn mne pon aku tak tahu.. at last , mcd jugak.. and hope..kali ni mcd bukan lah jdi menu utk makan malam lg..sbb dh 2 kali menu same mcd.. tak pergi mcd dkt tambun g mcd dkt medan gopeng.. hahahaha.. sampaikan die ckp , hope kali ni tade mcd dh.. hahaha.. ok ok , i'll try my best.. sbb aku bukan lah kaki makan sgt.. so kdng byk hbeskn tapau atau soh mmber tapaukan then makan dkt rumah.. senang.. easy like one two three..

last , i will try my best .. :)

Wednesday, November 26, 2014

apa guna aku

apa guna kawan jika hanya untuk menggunakan,
untuk melepaskan amarah,
untuk melunaskan caci maki yang terbuku,

mungkin aku tiada perasaan , sehingga kau sanggup begitu..
tapi tidak mengapa, maaf jika aku terpaksa pergi..

T E R I M A K A S I H

T E R I M A  K A S I H

untuk apa--
untuk belaian manja sewaktu aku hantar kau pulang,
ciuman didahi yang melegakan panas badan,
panggilan manja yang menenangkan,
kurang kepercayaan yang membuatkan aku berani memberi keyakinan.

U S A H

Usah kau belikan apa-apa,
Mahunya aku ,hati kau sepenuhnya..
sebagai hadiah ulang tahun kelahiran ,
Terima kasih

penat

aku dah penat , penat sangat..
penat otak ..
vacay jauh mana pon , balik balik penat juga aku hadap..

boleh , aku mahu tidur yang nyenyak , tanpa sebarang gangguan.
dan akhirnya aku bangun , bermula semula..
ouh , tidak ..itu akan lebih memenatkan otak aku mencerna sesiapa..

bersabar lah awak,
kerja kan..mmg begini..
mmg wajib penat otak..

Tuesday, September 30, 2014

J A N J I

J A N J I

TIADA DUA , TIADA BEKAS
USAH BERMURAM DURJA

sengaja prasa ini aku keluarkan kembali , aku mahu engkau pandang dan kalau boleh tolong hadam di dalam hati bukan dalam minda ..kerna dalam minda sesiapa pon bisa melupakan.Itu janji saya.

jangan pertikaikan kenapa baru sekarang 
wahai SAYANG , TIADA DUA,TIADA BEKAS
ini janji.

Monday, September 29, 2014

T E R I M A K A S I H

T E R I M A   K A S E H

ya , terima kaseh untuk segalanya TUHAN
terima kasih untuk masa bermain itu kawan
terima kasih untuk yang macam2 mama dan ayah
terima kasih untuk paranoid tu perempuan kegemaran

DAN

terima kaseh kerna punya kekasih lain dulu wahai bekas
T E R I M A  K A S E H   U N T U K  S E G A L A- G A L A N Y A

S I A P A

S I A P A ..?

siapa aku
yang pasti aku tak punya sesuatu yang lelaki punya
dan aku pun tak mahu sesuatu yang lelaki ada
aku hanya mahu kacak dimata perempuan
*sengih lebar

D A N

siapa engkau wahai perempuan kegemaran
dua bulan masih baru
hati kau aku bisa menelaah
tapi hakikatnya kadang boleh sebaliknya
terlalu awal untuk aku lepaskan engkau
dan
mungkin tidak pernah engkau aku lepaskan
*sinis , sila take note sayang

S U D A H

cerita engkau tidak perlu terlalu banyak
nanti engkau kembang semangkuk
*gelak setan , ciom dahi

P A R A N O I D

P A R A N O I D  itu apa..?
entah kenapa aku terlalu takut ..
orang kata , bila kita mula sayangkan seseorang , kita juga kena berani tanggung risiko bila mana kita ditinggalkan..

Thursday, September 25, 2014

Tak Punya pape

I have nothing to give you..

ya , aku tak punya sesuatu..
tapi .. aku akan mencuba untuk sesuatu..

sekian..

Sunday, September 21, 2014

sesak

sesak jiwa , bagai kota metropolitan dimana warga nya semua mahu pulang..
tapi otak tetap tenang..pkirkan jalan penyelesaian..

knp sesak..?
bagaimana kau boleh cintakan orang yang kau langsung tiada perasaan..?
dan bagaimana boleh kau lepaskan orang yang telah kau sayang..?

dua task yang berbeza , tapi punya saket yang sama..
menyeksa jiwa..

zeqt

smlm cari zeqt ..
sembang macam2..aku igt serabut bole hilang..masing2 rasa perasaan celaka tu..
tak sangka kita sering bersama..
terima kaseh untuk masa itu..
nanti ketemu..

Thursday, September 4, 2014

forever

mum , i'm home..
headache , my world spinning and cant stop ..
i just want to hugging you tightly before i go forever..

mum , please take care your self and dad sorry your name not always appear in my writing..
it's doesn't meant that i never love you..
i just someone that full of ego dad..

lot of love , xoxo

Sunday, August 24, 2014

mati

elok terlantar tanpa bicara ,
entah mana pergi darah merah yang sering bawa oksigen bersiar-siar..
kenapa engkau puteh tanpa seri..?
sejuk tanpa penghawa dingin..?
diam tapi bermulut..
mana engkau telah pergi..?
yaa , benar dia telah pergi , ata bahasa kasar , dia telah mati..

Thursday, August 7, 2014

bingung

aku tak faham dengan permainan engkau , wahai bangang !

orang yang kata bukan aku

baru baru ni ad kawan updte sttus psal ex..
ayat die cmni..

kalau kita dh ad gf/bf then kita still stalk ex gf/bf itu maknanyer kita sayangkan ex kita lg..

dan aku..
yke mcm tu..?
ntah lahhh..mungkin tak mungkin..
dia lah yg cakap, tp bukan aku..

i love you

dulu untuk orang lain , dan sekarang untuk orang lain..
tetiap hari , every morning on call kejutkan dia , lewat tgh malam pun juga .. sbb masing msing dah pkai digi.. HAHA..
sebelum pkai digi seminggu rm ntah brape.. sebabkn skrg dh kje, t.up pon dh x kesah sangat.. sampaikan mmber aku bising , rugi lahh , ap lahh..sbb mmg byk on call..berbual lame plak tu..sampaikan mama dah boleh agak aktiviti aku..

some conservation dgn mama haritu, sbb tido lewat..
malam2 call siapa..? boifren..?
then my sis sampuk "gilpreng laaa mama"
"hahaha, no lah mama .. kawan saje.."
then mama sambung " kalau kawan knp berbual smpai lewat mlm..?"
aku diam , nak dgr ayt mama lpas tu ap..
dan aku terdiam seribu bahasa bila mama cakap .
"jangan org tu gemuk, nnti kamu kurus sdah lahh yee"

mama , yg dh jdi biarlah ye..i know you worried about me..lgpon almost 5month mama.. i pon dah boleh senyum semula.. terima kasih byk2 sbb you x penah nak pakse kami adik bradik untuk kawen or whatever..

Monday, July 21, 2014

cerita

sejak B.M muncul hari itu , S.N hilang..katanya perasaan nya pon hilang..ntah mungkin mainmain sahaja ..Atau mungkin takot pisang berbuah byk kali..aku langsung tidak menghalang , untuk apa..ya , aku beri engkau ruang, tapi tidak melepaskan engkau . tapi, kita masih berkawan bukan..? Kalau tidak pon, tidak mengapa..kerana ad seorang memberi amaran .. amaran apa, bilah hanya aku dan dia yang tahu..

Thursday, July 17, 2014

terima kaseh..

Terima kaseh untuk kebelakangan ini
Dan terima kasih untuk NSN kerana masih berhubung ..

cik M.A thx alot for accompany me, since morning until i sleep..i don't know until when but thanks alot..

Monday, July 14, 2014

Tarikh

17122010

Tarikh ini harus jauh aku benamkan ke dasar lautan , mungkin aku harus letupkan minda dari terus memperingati tarikh mati ni.. Dan aku juga harus ingat tarikh keramat 12032014 , terima kasih atas segalanya.

Kerana apa..?
Kau telah selamat bahagia , ya bahagia yang kau pinta dari ilahi..

Jauh,
Jauh aku berlari kerana hati sendiri menyakiti hati sendiri , kau tak mungkin mengerti ..
Sehingga kini aku masih berlari untuk memastikan hati aku pulih walau tiada warna dan perasa..

Terima kasih kesakitan yang diberikan , jauh harus aku tinggalkan ..
Selamat tinggal dan semoga bahagia selamanya , perempuan asing

kepercayaan

" Take your time to believe me, but don't go before you trust me "

Aku yakinkan dia..

Jangan

"Jangan cari kalau rindu , jangan datang kalau derita"

Sunday, July 6, 2014

buah hati vs gilpreng

semalam, ada org tanya.. aku ad gilpreng..? aku bilang tidak..dah lme membujang..ckop 8bulan ,genap setahun..aku bilang , aku tak punya gilpreng tapi aku punya buah hati..dia tanya, buah hati itu apa bezanya dgn gilpreng ..? aku kasi tahu sama dia, gilpreng tu bila sudah declare tapi buah hati itu hanya syok sendri..HAHA.. anehaneh ya, kau mahu tahu segalanya A.H .. terima kasih temani aku lewat kebelakangan ini, kasar kau , kental kau bt aku selesa dgn engkau.. aku harap, aku lbh kental dari engkau nanti..

saket hati..

mahu sahaja aku berlari jauh dari sini , tapi fikirkan mama dan famili..aku hanya bisa lari dari realiti.orang gila pun tidak betah menerima hakikat yang mereka gila.begitu juga aku. Ntah kenapa, aku rasakan sesuatu.. aku bingung..knp mesti aku saketkan hati sendri.kenapa mesti aku memandang kau dari jauh..supaya bila engkau saket lagi aku bisa menemani engkau..? nampak nya bukan itu alasannya lagi..aku lihat kau sangat bahagia..semoga berkekalan dan tidak pernah kifarah itu ad untuk engkau..engkau dan saket hati harus aku kuburkan..jujur , kali ini betulbetul..ntah dari mana kekuatan aku kutip, aku bisa menjengah blog engkau..

lari jauhjauh lebih indah dari aku terus hadam saket hati yang langsung tidak mengenyangkan aku..

Sunday, June 29, 2014

sekali lagi

sekali lagi tentang NSN..

senyap, diam seribu bahasa..
aku di barat dan dia ditimur*sofa yang panjang , entah bila masingmasing mahu buka bicara..
akhirnya aku yg mula kan..

Dan sekali lagi, kami terdiam seribu bahasa..
dia mula datang pada ku, beri aku lihat sesuatu didalam taliponTangan milik dia..
Kami semakin rapat,dia berada disebelah ku..bahu sama bahu..
Aku pandang dia sambil menelan air liur , errmm manja..

"knp pkai shawl dalam rumah..?"
sambil tergelak dia menjawab " nak tgok rambut orang letuu"
aku terdiam dan dia menyimpan senyum ..
"kita kan aurat..hahaha"
Aku gelak terbahak..

Aku lipatkan tepi shawl die, kurang kemas..seperti makcik cleaner dibuatnya..
"awak ni jhat laaa" sambil menepuk peha aku tanda geram..
sekali lagi kau buat aku tergelak..

Dan aku hampir...
Malangnya, aku tidak turutkan itu semua..
Aku pulang kerna temujanji..

jaga diri, jaga hati..

cium dan permintaan..

gila aku dibuat nya..yaa, kau merajuk sebabkan aku tak dapat temankan engkau ke penang.. tapi aku sudah pujuk bukan..? 2hari aku pujuk kau..dan akhirnya, aku purapura merajuk..sebab rajuk kau tu aneh pada aku..dan akhirnya, kau pujuk aku..dan tapi knp mesti engkau yg aku cium..? haha..gila aku dibuatnya..tak pernah seumur hidup aku cium perempuan bukan milik aku..haha..entah bagaimana aku harus lunaskan hutang tu, yang dimintak bayar secara LIVE..sekali lg aku gila..haha

NSN , siapa..?

NSN siapa kau sebenarnya , apakah perasaan kau sebenarnya..? apa yang kau mahu..? tolong kasi aku tahu..

Dah tak sanggop

jujur, aku dah x sanggop untuk semua ini..kalau aku terpandang sekali lagi, mngkin ap yg jadi mac dulu..akan jadi lagi..aku dah tak sanggop .. biarlah masa melepaskan semuanya.. kawan aku pun dah ingatkan aku, jangan cari masalah lagi, biarkan orang nak berubah..jangan menyakitkan hati sendri lagi..dia pun tahu mcmmne aku masa tu..baiklah kawan..terima kasih pernah menjadi pendengar..

Tuesday, May 27, 2014

Note buat engkau..

Aku ingin kasi kau tahu, sebelum kau pergi..tolong hapuskan picta aku..

aku ingin beritahu kau sesuatu..tapi kau takan paham sbb kau terlebih MATANG..

sekian..

Marah

Disebabkan marah sesuatu, dengan mama pon aku terkasar.. mak orang lain aku terlalu jaga, tapi syurga aku bukan disitu..tapi dibwah telapak kaki mama..mama, i mintak maaf.. sekarang i dah jauh sgt berubah..marah yang tak dapat dikontrol mama..i mintak maaf sangatsangat mama..

Sunday, May 25, 2014

#gadis nasi goreng : last day is today

dia : awak lepas ni kalau sy cuti kita msj ea..
sy : ok

petang

kawankawan dia : jom g STEP dorg bt sale laa..
dia : awak jom..jom lah awk..bosan laaa..
sy : nak g skrg ke..? *alahaii, mlasnyer nak tngglkn kedai sbb mnger kasi keje..
kawan dia : jangan laa tinggalkan aku sengsorang kat kedai weh..mati laa aku..
sy : *sengih lebar*
dia : a'ah laa kan..sian plak kat die kan awk..

dia ; awk..awk sweetkn..tlg buangkan..hihi..
sy : *senyum* pandai2 je ea..oo, kat tpi ni je ke..igtkn jauh..
dia : a'ah, tpi awk je..tu yg mntk tlg awk buangkn..hehehee..

semalam

kawan dia : korg jum petang g psar mlm nak..?jln kaki je laa..dekat je..
sy : ok, boleh..
dia : xlame lg org tu nak tingglkn aku 6 bulan..
sy : eh eh, tade maknenyer ea..hahaha..
dia : yee beb, nnti pasni die tingglkn aku..
kawan dia : dpt ke interview hritu..?
sy : *garu kepala* hehee..xsure lg weh..
kawan dia : bguslah dpt kje dh :)
dia : nnti nak g psar mlm eh awk..
sy : ok, boleh..tp boleh ke g rmai2..
kawan dia : R tu x mrh pon..
sy : ok set..
dia : oo, awk nak tngglkan sy sengsorng ea..?smpai hti..
sy : hahahh...mne ad laaa..awk kan solat time tu..
dia : a'ahkan..oklah..kau g je laa dgn die ea...

#gadis nasi goreng : book me for shoping

dia : awak, interview hritu mcmmne..?
sy : klu dpt kne g trening for 6 month.
dia : alaa, org tu nnti nak tnggal kita dh..
sy :*telan air liur* eh, tayah ngade ea...haha..knp..?
dia : nnti dpt gji, awk teman sy cri bju kurung utk raye ye..
sy : ok boleh, tpi kan...sy x jnji tau..
dia : knp..?
sy : yelaa, klu dpt job tu..june dh kne g trening..xsempt nak teman awk nnti..
dia : alaaa, tape..sempat punye.. :)

#gadis nasi goreng : ajak dating

sy : awak bile balik kg, kompem ke balik nanti.?awk balik lame ke sekjap..?
dia : sy x kompem lagi..knp awk..?
sy : habes tu, kerja yg kawan awk ajk awk join tu mmcne..?
dia : awak, sy balik sekejap je..sbb sepupu sy kawen *sengih..tp knp..?
sy : jum dating
dia : *gelak terabor* macam pelik je..
sy : ap yg pelik nya..?sy nak ajk awk shoot..pelik ke..?haha..
dia : kat mana..?
sy ; tadi ckp mcm pelik je..so takpyh laaa..
dia : awak..jom dating..
sy : knp pelik sgt ayt awk tu..?hhahahaha

*samasama gelak*

#gadis nasi goreng : kawankawan penk

*perbualannya terlalu panjang..malas menaip..

Hakikatnya, dia x perlu tahu siapa aku dahulu dan sekarang..
Rahsia itu penting..

#gadis nasi goreng :nasi goreng day

Brunch time..

dia : awk makan laa..sy masak lbih..nih utk awk *sebekas nasi goreng

bila aku bukak bekas tu, dlm minda aku..nasi goreng apa ni..? nasi goreng kicap atau nasi goreng bawang atau nasi goreng cili bersepah..?haha

sy : ok
dia : awak sedap x nasi goreng sy masak..?hehe..sorry laa, sy nak cepat tadi..
sy : sambil tahan gelak.."boleh laa nasi ni"
dia : awak habeskan tau..sedap x sy masak..?
sy : kali ni ketawa aku terabor kluar " ye, saya habeskan..sy pon tgh lapar ni..boleh tahan laaa nasi awk ni"
dia : *sengih ..ok kalau mcm tu makan smpai habes tauu..

#gadis nasi goreng : first day

dia : awk datang naik apa..?
sy : sy drive
dia : sy nak tumpang bole esok..?

aku buat2 tak dengar sbb aku memang malas mahu menumpangkan gaids cun macam dia..

dia : awak..boleh ye..?
sy : baiklah, rumah awk dimana..?
dia : blahblahblah..

Sunday, May 11, 2014

shiera othman

yes ! shiera othman..who are you..? HAHA..

everyday waiting..


serious shit ..HAHAHA
seem like me, and i need to persetankan this kind of feeling..

Kantoii


The look you give when you really love someone

#teringat

Aku bahagia kau memandang aku begini tapi itu semua dahulu , dan pandangan kau yg begini juga buat aku saket dan sangat tersaket..
aku tersedar cara kau memandang dia, dan cara dia memandang engkau..tiap saat kau mengajak aku singgah ditempat kerja kau..hati yang koyak harus aku jahit..

Thursday, May 8, 2014

cerita 3 thun lepas..

Pagi..
Minggu Exam berjalan..
Dan aku masih terkulat kerana exam belum akhir..usai basuh baju didalam toilet..Aku dengan selamba mengampai baju tanpa bertudung..

Perempuan blok hadapan turut menyidai baju ,puteh , cantek ..Tapi entah siapa aku tidak kenali..tak pernah bersua muka..

"Haii, hensem.. tak habes exam lagi ke..?" laung dia dgn kuat , takottakot aku tak dengar..

aku yang terkejut terus tersenyum dan menggeleng..lantas aku segerakan kerja pada masa itu..

tu hanya dulu, sekarang tak lagi..

Masih sayang..?

HAHAHAHAHA, kau buat aku senyum sinis sampai ke telinga..
ini kejujuran atau hanya permainan kau seperti dulu menyedapkan hati aku..?
Masih sayang kau bilang..? bukan aku ini hanya teman kau melepaskan kesunyian ke..?
Sayang kau tu untuk budak hingusan yang berkereta itu, bukan..? aku nampak segalanya, tapi kau langsung tak berani beritahu..mungkin sebab kau takot kehilangan aku sedrastik itu.. Tapi kehilangan aku bukan menterencatkan segalanya pun.. padahal aku tahu, kau sedih bukan kepalang saat orang yang kau sayang itu tunjuk belangnya dihadapan engkau..

Kau bilang kau masih sayang..? persetankan masih sayang kau tu kerana aku masih cinta.. kau faham..?! Sudah semestinya kau tidak pernah faham..

http://www.youtube.com/watch?v=cpdq6HLxATc

Tuesday, April 22, 2014

Hakikatnya..

Hakikatnya,

Aku tak mampu kau pergi..
Tapi kau harus pergi..
Tapi, jika bukan kau yang pergi, aku harus mengelak kan diri..

Maaf, ini jalannya..

setiap yang terjadi pilihan kita

ya, ap yg terjadi sebenarnya pilihan kita..

Contoh, korg takde duet..dan korg ad 2 pilihan..pilihan pertama,terus dduk dirumah dan pilihan kedua, pergi cari kerja..dan oleh kerana korg terlalu memikirkan segalanya korg akan ikot pilihan kedua..tapi kalau korg malas,sebabkan malu,sebabkan mak tak bagi laa, ap laa..for sure laa korg akan still stay at home..dan korg emg takan kmane laa jwpnyer..

dan sekarang, pilihan aku dan dia untuk berubah..

dan Tuhan beri aku pilihan..

satu, teruskan berkawan dengan dia, tapi tak mungkin aku dapat lupakan ap yg dia dh buat dan tak mungkin aku dpt lupakan kenangan manis kitaorg..sbb bg aku dia macam..ntah laa..dia je phm..bak kata dia..

dua, jangan berhubung dengan dia..mungkin aku dapat lupakan segala2nya yng terjadi walaupun memakan masa..

keputusannya, aku memilih pilihan no dua, knp..? biarlah rahsia..hanya Allah yang tahu..

motif..?

Jujur, aku x paham apa motif kau masih disini.. Untuk apa..?kenapa..?
Ada sebab knp aku langsung tak contct kau, bukan aku tak mahu..tapi ego aku yang tak mengizinkan aku untuk cari kau.. bukan aku tak pandang telefon pintar aku, tapi ego aku bagi amaran " jangan cari dia, dia kan nak berubah".. Selagi kau melayan , selagi tulah dia takkan kemana..

Dan...
Kalau esok aku benar-benar tiada bagaimana..?
Kau sering bilang "jangan menyesal bila i btoi2 takde"
Sebenarnya, kau yang takot kalau kalau aku memang takkan muncul bila kau cari aku, bukan..?Kalau tidak takkan laa kau gelabah bila aku sehari suntuk lngsung tak wasap,wechat,msj,call kau kan..?

Jangan risau, kalau kau nak pergi..pergi saje..Ajal maut ditangan Tuhan..Kalau kita masih diberi kesempatan untuk berjumpa, itu semua Janji Tuhan..

Kau mahu, aku tolong kau berubah..Dan ini lah cara aku..jangan risau, aku dh x mampu nak salahkan engkau dengan apa yang telah jadi..terpulang pada kau,untuk cintakan siapa..lagipon kita dah tak ada apa2..

Dan AKu...

Sayang kan engkau pon tidak lagi..

Aku tahu, semua ini jadi sebabkan pilihan kau..kau lupa yng aku pgg prinsip.."setiap saat kita diberi pilihan.."
dan ini semua pilihan kau..pilihan engkau untuk kembali normal..silakan..


Tuesday, April 8, 2014

Rindu bertandang..

Rindu bertandang dan aku kadang langsung tak mampu melihat lama pesanan ringkas yang kau hantar..aku seperti memberitahu orang mati bahawa aku rindu..

Mengapa aku harus rindukan engkau..?
Mengapa Tuhan perasaan ini masih terus hadir..?
Mengapa..?

Tuhan perlukah aku memerlukan langkah untuk pergi saat ini..? Saat hati aku langsung tidak mampu berdiri lagi..Tuhan, aku mohon Engkau berikan aku kekuatan..Setiap saat aku terase dia semakin bisa melangkah tanpa aku, kerana apa yang dimahukan kebahagiaan yang lahir dari seseorang lelaki dan bukan aku..

Allah andai saat itu telah tiba, berikanlah aku pertunjuk dan Engkau kuatkan lah beliau yang sentiasa kuat bila saat aku tidak lagi mampu melihat dan menjaga nyer Tuhan..

Tuhan, terima kasih kerana kau telah memakbulkan doa ku meskipun ia meragut jiwa ku..

Monday, March 24, 2014

Bak kata kawan..

Bak kata kawan aku , JODOH ITU TAK PERLU DICARI..
sebabnya kebahagiaan itu belum tentu milik kita..
lagipon , peratusan kebahagiaan itu juga telah jatuh merudum..
Dan lelaki jika tidak bahagia, peratusan mencari lain itu juga tinggi nilainya..

never turn back , kau bilang

"never turn back"
1 ucapan yg memang mematikan pergerakan aku, aku kaku..
Baiklah, jika itu benar2 impian kau..
Dan
aku juga never turn back, jika saat itu aku betul2 redha dan ikhlas dengan pilihan kau itu..
tiada guna aku masih disisi engkau..
Dalam hidup aku tiada istilah mencari balik , jika rindu itu bertandang..aku akan pastikan rindu itu benar2 mati..supaya kau tidak perlu tahu yang aku masih memerlukan engkau lebih dari seorang kawan..
Memang cakap itu mudah , kau menyuruh aku bangkit..tapi itu semua dusta ..kerana kau mengajar aku setia, tapi kau juga mengkhianatinya..kalau aku tahu sakit ini melebihi dari jangkaan aku..tak perlu rasenyer aku memujuk kau saat kau bt keputusan bodoh 3 tahun lepas..segalanya dusta..

Thursday, March 13, 2014

kecewa bukan kepalang..

setiap hari aku menangis dengan senyap..semangat aku terlalu mati..

Kau pergi..

Telah lame aku agak ini semua bakal berlaku dalam sekelip mata..dan ia terjadi sekelip mata..aku yang sudah terbiasa bersama engkau kaku..saat kau ucap, kau tidak lagi memerlukan aku..

saat aku tiada lagi untuk menjaga kau kerna kau memilih dia , tolong jaga diri sendiri , kerna engkau baru saja mengenali dia..aku bakal pergi , seperti mana aku pergi meninggalkan mereka..mungkin masa itu kau bakal tersenyum lebar , dengan pemergian ku yang tidak lagi menganggu kehidupan kau  seperti yang kau mahukan..

kejutan apa yang kau beri sangat meragut jiwa ku..aku kini hidup tanpa semangat..terima kasih kepada si dia kerana telah berjaya merampas engkau dari aku..aku tahu, aku hanya tempat persinggahan dikala engkau kesunyian..dan aku tahu, kau hanya memerlukan aku dikala kau kesedihan..

aku lupe, kau bekas kekasih orang yang bernama lelaki..hati kau boleh berubah bila2 masa..aku juga lupe menyediakan seorang perempuan sampingan semasa bersama engkau..kerana ap..? kerana terlalu sayangkan engkau..

kesakitan yang kau balas , amat dahsyat bagi ku..kerna disaat kau memilih dia, kau masih memberi harapan kepada ku..ntah benar atau palsu..

disaat barang kesayangan kau yang aku langsung tak punya hak untuk menyentuh tidak lagi berbunyi..disaat itulah, aku telah pergi..pergi terus dari hidup kau..Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan engkau dgn dia..

terima kasih untuk semua ini..
terima kasih..
terima kasih..

wahai perempuan kesayangan ku, satu saja permintaan ku, tolong hapuskan segala ap yang telah ku berikan kepada mu, aku tidak mahu cerita lain bakal berlaku..