Sunday, October 13, 2013

kesedaran..

Bukan aku sengaja melarikan diri keluar pagi pulang lewat malam..
tetapi hati yang memaksa , memaksa untuk aku berbuat begitu..
mungkin bukan buat kebaikan diri ku , tapi hanya lebih kepada kebaikan engkau dan hati ini..

aku mulai sedar, karma mula meragut jiwa ..
sedikit demi sedikit mencarik jantung..
cerita sedikit demi sedikit mulai berubah..

aku mulai sedar , aku tidak punyai lebih hak.
Hak aku lebih kepada merelakan kau berbuat apa sahaja..
Lebih kepada membiarkan kau tidur dengan lena..

aku mulai sedar , kaca mata berkabus..
aku mulai sedar , dada semakin sebak..
aku mulai sedar , akhirnya air laju mengalir tanpa persetujuan..

dan

aku mulai sedar , aku harus terima hakikat yang bisa buat aku terjatuh dan lumpur..
aku mulai sedar , saat itu bakal datang..

tapi

Mungkinkah aku sanggup pergi tanpa bayang-bayang ?
aku bukan cahaya ..

No comments: