Monday, March 24, 2014

Bak kata kawan..

Bak kata kawan aku , JODOH ITU TAK PERLU DICARI..
sebabnya kebahagiaan itu belum tentu milik kita..
lagipon , peratusan kebahagiaan itu juga telah jatuh merudum..
Dan lelaki jika tidak bahagia, peratusan mencari lain itu juga tinggi nilainya..

never turn back , kau bilang

"never turn back"
1 ucapan yg memang mematikan pergerakan aku, aku kaku..
Baiklah, jika itu benar2 impian kau..
Dan
aku juga never turn back, jika saat itu aku betul2 redha dan ikhlas dengan pilihan kau itu..
tiada guna aku masih disisi engkau..
Dalam hidup aku tiada istilah mencari balik , jika rindu itu bertandang..aku akan pastikan rindu itu benar2 mati..supaya kau tidak perlu tahu yang aku masih memerlukan engkau lebih dari seorang kawan..
Memang cakap itu mudah , kau menyuruh aku bangkit..tapi itu semua dusta ..kerana kau mengajar aku setia, tapi kau juga mengkhianatinya..kalau aku tahu sakit ini melebihi dari jangkaan aku..tak perlu rasenyer aku memujuk kau saat kau bt keputusan bodoh 3 tahun lepas..segalanya dusta..

Thursday, March 13, 2014

kecewa bukan kepalang..

setiap hari aku menangis dengan senyap..semangat aku terlalu mati..

Kau pergi..

Telah lame aku agak ini semua bakal berlaku dalam sekelip mata..dan ia terjadi sekelip mata..aku yang sudah terbiasa bersama engkau kaku..saat kau ucap, kau tidak lagi memerlukan aku..

saat aku tiada lagi untuk menjaga kau kerna kau memilih dia , tolong jaga diri sendiri , kerna engkau baru saja mengenali dia..aku bakal pergi , seperti mana aku pergi meninggalkan mereka..mungkin masa itu kau bakal tersenyum lebar , dengan pemergian ku yang tidak lagi menganggu kehidupan kau  seperti yang kau mahukan..

kejutan apa yang kau beri sangat meragut jiwa ku..aku kini hidup tanpa semangat..terima kasih kepada si dia kerana telah berjaya merampas engkau dari aku..aku tahu, aku hanya tempat persinggahan dikala engkau kesunyian..dan aku tahu, kau hanya memerlukan aku dikala kau kesedihan..

aku lupe, kau bekas kekasih orang yang bernama lelaki..hati kau boleh berubah bila2 masa..aku juga lupe menyediakan seorang perempuan sampingan semasa bersama engkau..kerana ap..? kerana terlalu sayangkan engkau..

kesakitan yang kau balas , amat dahsyat bagi ku..kerna disaat kau memilih dia, kau masih memberi harapan kepada ku..ntah benar atau palsu..

disaat barang kesayangan kau yang aku langsung tak punya hak untuk menyentuh tidak lagi berbunyi..disaat itulah, aku telah pergi..pergi terus dari hidup kau..Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan engkau dgn dia..

terima kasih untuk semua ini..
terima kasih..
terima kasih..

wahai perempuan kesayangan ku, satu saja permintaan ku, tolong hapuskan segala ap yang telah ku berikan kepada mu, aku tidak mahu cerita lain bakal berlaku..