Thursday, July 9, 2015

kalau esok hari terakhir engkau..

jika esok hari terakhir aku atau dia atau sesiapa saja..

entah , jujur aku masih tak mampu nak berdiri sendiri.. orang boleh ke terime kau pergi..?
orang boleh terima kau pergi.. persoalannya kau boleh ke terime yang kau tak lagi dengan manusia manusia kesygan kau..

Allah pernah hadirkan rasa aku perlu pulang semula ke rumah selepas habes belajar. cantik per-aturan Tuhan tahun itu. aku pulang ke rumah , ke rumah bonda untuk menjaga projek disini. Aku memang menolak kerana terpakse tinggalkan ipoh yang aku "sayang" walau masa tu aku percaya yang aku takkan hilang sesiapa.. tapi aku silap.. sebulan selepas aku kerja dkt kawasan rumah sendiri.. Abang telah kembali menghadap Pencipta.

Aku manusia rapuh masih dengan ego , masih sukar percaya yang terkulai kaki di atas truck polis itu abang.. Mana mungkin aku bisa terima kenyataan sedangkan baru tghari kami bergurau.. aku dan dia bukan terlalu rapat.. kerna aku yang memilih begitu.. Tapi Tuhan kembali kan kami , rapatkan semula hubungan kami.. Rindu pada kau , kau terlalu menjaga kami..

jika esok hari terakhir aku , aku mohon maaf pada semua..

pada mama&ayah
pada yang sering menasihati aku
pada yang sering berkecil hati dengan perangai aku,
pada yang telah meninggalkan aku,
pada yang masih setia,
pada yang telah menjaga makan minum aku,
dan
pada semua yang kenal diri ini..

No comments: