Wednesday, October 21, 2015

Makin hari Makin hilang : part sebelum akhir

Baru minggu lepas dia ketemu gadis , lama.. Mungkin takut lepas ini masing masing perlu benar bawa diri. Mana mungkin dia lepaskan gadis , perempuan itu kesayangan dia .. Perangai setan gadis , manja gadis , rengek gadis semua sudah sebati .

Hari demi hari gadis makin hilang , dia pula makin bisu . Bukan salah gadis tapi salah dia sendiri . Mungkin ini salah satu cara gadis mahu bawa diri . Dia bilang sesuatu kepada gadis pun ada sebab nya sendiri . Masing masing kecil hati . Tapi bila dia fikirkan semula , semua dia lakukan demi gadis , supaya jika dia tidak lagi bersama gadis , gadis tidak perlu terpotong selera nya , tidak perlu berjaga memikirkan mereka. dia perlu abaikan kecil hati sendiri . Masing masing sakit . mungkin gadis perlu diberi ruang .

"Jaga diri sayang , hari ini mungkin tidak seperti semalam dan esok mungkin sudah tiada"

No comments: